Thursday, March 31, 2011

lagi perkongsian dari zu untuk sahabat2....

Assalamualaikum..w.b.t


zu xpandai nk nulis cerpen or nasihat2 ni,so ape yg zu baca zu kongsi la ngan sahabat2...ok...?? semoga kita semua dirahmati ALLAH S.W.T...


MAHUKAH KITA MATI DIBELENGGU HUTANG ....?? 

Kita tidak pasti sama ada kita akan terlibat dalam kemalangan atau tidak, dan kita tidak pasti sama adakah kita akan terselamat dalam kemalangan tersebut atau tidak. Kita tidak tahu, bukan?
Walaupun kita tidak tahu, tetapi kita sedar setiap kali kita memandu kenderaan kita berisiko untuk terlibat dalam kemalangan, dan kita KHUATIR. Maka sebab itu kita mencarum insurans. Benar, bukan?
Kullu nafsin zhaiqatul maut – setiap insan pasti akan merasai mati. Tidak KHUATIRkah kita? Apakah kita bersedia? Kerana kita tidak mahu tinggalkan dunia ini kelak, kita masih terbelenggu dengan hutang – hutang pada manusia, hutang pada Allah (puasa, zakat dll), atas kesedaran inilah Warisan Mukmin Sdn. Bhd. dan Amanah Raya Berhad melancarkan Tahun Menulis Wasiat 2011.

Tahun Menulis Wasiat 2011

Dengan tema "Tiada Hari Tanpa Wasiat", kempen Tahun Menulis Wasiat 2011 telah dilancarkan secara rasminya oleh Tuan Ahmad Saruji Abdul Aziz, Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Berhad pada 30hb Mac 2011 bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Kempen ini adalah anjuran Warisan Mukmin Sdn. Bhd., dengan kerjasama Amanah Raya Berhad.
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"  - Hadis Riwayat Ibnu Majah
Apabila berlaku kematian ke atas seseorang Muslim, harta yang ditinggalkan oleh si matiWAJIB diuruskan dengan SEGERA mengikut urutan-urutan berikut :
1.    Perbelanjaan pengurusan jenazah
2.    Melunaskan tanggungan hutang (hutang Agama, seperti puasa, zakat, haji dsb)
3.    Melunaskan tanggungan hutang (hutang kepada manusia)
4.    Pembahagian harta sepencarian
5.    Menunaikan wasiat
6.    Mengagihkan bahagian Faraid

Hutang Selesai Bila Mati?

"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang" - Riwayat Muslim
Sering kali terjadi, maklumat yang sering diabaikan adalah hutang. Sehingga terjadi suatu kisah, pemiutang meletakkan mesej hutang berserta alamat untuk dihubungi pada kubur penghutang – si mati! Mahukah perkara sebegini berlaku kepada anda?
Awas, perlu kita jelas, keenam-enam langkah di atas TIDAK AKAN berlaku secara automatik selepas kematian anda. Sebaliknya ia perlu dirancang supaya dapat dilaksanakan dengan lancar, dan paling penting, menurut syariat.
"Roh seseorang Mukmin itu tergantung, yakni terhalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutang itu dijelaskan" - Riwayat At-Tirmidzi, Imam Ahmad
Antara masalah biasa berlaku berkaitan harta pusaka selepas kematian ialah :
01Hak waris tidak tertunai 
Waris tidak mendapat haknya, dan akhirnya harta tersebut dibekukan
02Tiada sepakat antara waris
Biasa berlaku salah faham, perebutan harta dan akhirnya menjejaskan silaturrahim 
03Hutang tidak dibayar
Menyebabkan amalan si mati tergantung (Nauzubillahi min zalik)
04Hukum Faraid tidak dapat dilaksanakan
Pembahagian harta pusaka kepada waris yang layak mengikut nasab tidak boleh dilakukan
05Pembekuan harta
Yang kini berjumlah 1juta kes dengan keseluruhan berjumlah RM42 bilion!
06Tempoh pengagihan pusaka yang lama 
Boleh mencecah sehingga 5 hingga 20 tahun   
07Pentadbir yang tidak amanah dan tidak berkemahiran 
Pentadbir, atau pemegang amanah mestilah faham dan tahu maklumat harta dan hutang si mati
08Kesukaran menuntut harta sepencarian 
Mengambil masa yang lama dan tidak seperti yang diharapkan
09Berlaku kes 'makan hak orang lain' 

Amanah Raya dan Warisan Mukmin menyasarkan 5000 wasiat berjaya didaftarkan sepanjang 2011.
"Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut daripada umatku." - Hadis Riwayat Ibnu Majah, daripada Abu Hurairah r.a
P/S : copyright from iluvislam

No comments:

Post a Comment