Friday, January 11, 2013

tak tahu ape masalahnya....

penat..jujur aku penat bertemankan air mata setiap hari

hubungan kami makin renggang..

jujur aku xtahu apa punca..

yang aku tahu..aku memang seorang yang manja..

dan mungkin,itu satu bebanan baginya...

jujur,selepas abah tinggalkan aku...

aku sendirian. aku sunyi... aku sedih..

tapi dia ada disaat aku sunyi,sedih,sendirian..

mungkin juga dia penat...

mungkin juga dia bosan...

mungkin....banyak kemungkinan...

aku tak sempurna jika dia inginkan yang sempurna...

aku tak berupa jika dia inginkan yang mempunyai rupa...

aku tak punya harta jika dia inginkan yang berharta....

jujur...aku penat..

dulu...dia sangat memahami aku..

mane dia yang dulu?

sudah berubah mungkin....

kenapa?? kenapa?? kenapa sekarang??

masa aku dah mula jatuh cinta,jatuh sayang...


atau aku yang akan jatuh tersungkur??????

Thursday, January 10, 2013

Dia InsaN yaNG PaliNG Saya SayAnG...... ABAH :'(

Mungkin bagi orang lain..ibu adalah segala-galanya.. tapi bagi aku,ma n abah adalah nyawa aku. namun ma terlebih dahulu pergi untuk bersama Sang Pencipta masa aku baru menginjak umur 14tahun.

1 NOVEMBER 2012....

tarikh yang aku xkan lupa..sama seperti tarikh 29 JANUARI 2005..dimana pada kedua tarikh ini, perginya kedua mereka.. ma n abah..

kalau masa arwah ma meninggal dulu,ak kecik ag.xtau pape..masa tu duk asrama,,yang tau masa tu cuma ma dah xde.ma dah pegi jumpa ALLAH. dan sejak tu..hidup aku cuma dengan abah..

hari-hari aku lalui hanya dengan abah.
makin ak dewasa,aku mengerti pengorbanan abah sebagai seorang bapa tunggal...

sehingga lah bulan Mei tahun 2012, abah mula sakit2. bermula dengan demam biasa selepas kematian ayah ngah(adik tiri abah)..

mula2 abah demam je..aku ingat lagi masa aku exam final semester 4, abah tepon nangis2 suh aku balik cecepat..tapi masa tu ak tengah nak exam.takut sangat.macam dah tau yang abah dah xlama..

dua bulan cuti semester,ak usaha jaga abah betul2. abah sakit depan mata aku..nasi xnak makan, semua tempat kami cuba pegi berubat.semuanya cakap abah okey.xde sakit pape yang serius.

abah aku sangat kuat.walaupun dia xde selera makan langsung,dia xnak tinggal puasa. even dia cuma mampu sahur dengan buat kurma n air zamzam je. berbuka pun sama. air zamzam n buah kurma je yang mampu dia telan..

jujur..mula2 aku agak tertekan dengan abah sebab dia xnak makan ape yang aku masak hari2..namun ALHAMDULILLAH..aku tahu dan nampak sendiri pengorbanan abah untuk aku sebelum ini,.why not aku pun bersabar dan berkorban untuk dia kan??

hinggalah seminggu lepas raya,sakit abah mulai teruk. langsung xmakan ape2,puas kami semua berusaha cara hospital,cara tradisional hinggalah kami jumpa bomoh yang ntah ape2..

actually kami semua xtau ape sakit abah sebab semua tu dia yang tanggung..kami hanya mampu urut,gosok2 badan dia kalau dia sakit..and one more thing,abah memang xboleh tido malam. dan aku la orang yang dia cari malam2 untuk peluk dia. dua bulan kami tidur same2. even aku tak rasa yang abah tidur masa aku peluk,tapi aku dapat rasa yang dia selamat dengan aku.

and paling sedih masa aku kena masuk Uni balik masa bulan 9. abah memang xnak orang lain jaga dia. nak aku jugak membuatkan kami semua rasa bersalah. n YES me too. sangat berat nak tinggalkan abah yang sakit2 macam tu. niat memang dah nak extendt belajar.nak jaga abah sampai sembuh. tapi smua orang tak bagi.

aku ingat lagi abah cakap masa malam last sebelum aaku bertolak pegi Uni.. abah tarik tangan aku,peluk pinggang dia,dia cakap " lepas ni dah xde orang nak jaga abah,adik nak tinggal abah..".. aku pujuk abah supaya dia tido..tapi masa 2 aku tahan nangis. aku ckp "xpe la,kan Achik n kaklong da balik nak jaga abah.."kalau la abah tahu yang aku pun xsanggup nak tinggalkan dia.. dalam sedu2 abah cakap yang diorang tak sama macam adik jaga abah. ALLAH... betapa berat sebenarnya aku nak tinggalkan abah.

abah xnak abang2 n kakak aku jaga. xtahu kenapa. mungkin sebab yang lain dah besar2.ada keluarga. n mungkin sebab aku paling rapat dengan abah.. 

aku gerak balik Uni dgn nanges2 sampai org dalam bas semua cakap aku homesick.manje xnak balik Uni. Biarlah, orang xrasa ape yang kite tanggung kan? :')

sampai2 je kat kolej aku dapat call dari makcik,ckp abah masuk wad. ALLAH.. 
rupa2nya malam tu abah sesak nafas.akak ngan achik xtau nk wat cmne,tu yang diorang hantar g hospital. actually abah selalu sesak nafas malam2,sebab sejuk. tapi masa aku jaga, aku selalu bagi dia minum air suam dengan gosok2 badan dia. diorang xtahu.

dan sejak abah masuk hospital,keadaan abah makin teruk. doktor hospital jadikan abah macam bahan ujukaji sebab diorang tak dapat detect abah sakit ape. cuba korang tengok cerita HOUSE. yag pasal doktor2 tu..mcm tu la diorang wat kak abah aku. sampai 1 tahap diorang nak amek sampel air tulang belakang. abah aku marah2 n mengamuk nak balik.

tapi sebelum dibenarkan balik,diorang sempat wat ujian MRI. tulang tengkuk abah dah memburuk n bernanah kat dalam mungkin.sbb diorang scan ada cecair kat tulang tu. bahu dia pun sama. sbelah kiri..

so kami semua assume dia jatuh masa kerja wat rumah dulu.. n abah memang xnak menyusahkan orang sebab tu dia diamkan n biarkan je. oh Abah.. why??? i'm your daughter right??

sejak tu abah terlantar dekat umah je. kami semua xtahu nak wat ape. aku? lagi sedih. nak balik diorang tak bagi sebab takut abah xnak lepaskan aku tinggalkan umah. kan balik kejap takut merajuk pulak abah. nak tak nak aku tunggu la samapi cuti Hari Raya AidilAdha.

masa aku gerak nk balik cuti tu..actually aku takut. sebab ape? sebab ma tinggalkan aku semunggu selepas kami sambut hari raya haji tahun 2005.

sepanjang seminggu aku kat rumah.airmata xpernah berhenti mengalir tengok abah tersiksa sakit. ALLAH..beratnya penderitaan yang abah tanggung. ada cerita sebenarnya disebalik semua ni yang semua orang tak tahu melainkan abah. makin hari abah makin tenat hingga la malam tu.

12.55 mlm 1 NOVEMBER 2012 (Khamis)
kami semua berada dekat dengan abah. masing2 setia dengan naskah Yasin ditangan kecuali aku. aku cuti masa tu. tapi aku genggam tangan abah. aku rasa abah usaha nk balas genggaman tangan aku,tapi dia xmampu. pak uda mula ajar abah mengucap dua kalimah syahadah. masa tu, ALLAH je tahu apa yang aku rasa. mungkin aku dikatakan kejam kalau aku cakap biarlah abah cepat2 jumpa ALLAH. sebab aku dah tak sanggup tengok abah menderita. sakit yang dia tanggung cukup berat bagi kami.apatah lagi dia yang menanggung.

tepat kul 1.abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Abah...
orang yang paling sayang aku..
orang yang paling faham aku...
orang yang paling manjakan aku...
adalah satu2 nya abah...
xde orang lain...

Semoga roh Abah dicucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T di sana.
aku tak tahu aku mampu ke syurga atau tidak...tapi..
aku selalu doakan abah dan ma dipertemukan kembali di syurga kelak.
aku akan selalu doakan mereka..
insyaALLAH..
Amin..

Abah...Ma....
adik rindu sangat2 dengan abah ngan ma...
jiwa adik sakit rindukan abah n ma...
adik hilang kekuatan tanpa abah n ma...


adik rindu...... :'(


Monday, January 7, 2013


Be Mine – Tasha Manshahar

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Chorus
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever