Tuesday, March 5, 2013

Assalamualaikum....

hai.... :)

hari yang sangat bosan.. n xtau kenapa hari ni aku xtido petang pun. seriously.. selalunya pantang ada masa terluang keje aje tidonya..

actually ada something yang mengganggu fikiran aku..tapi entah la. di telan mati mak, diluah mati bapak.
cakap pasal mak bapak ni..mungkin i'm deeply miss them damn much. not maybe. but EXACTLY!!

sedar tak sedar.. da 5 bulan aku memegang title anak yatim piatu. sebak. lost. lonely. itu yang aku rasa.

even ada yg cakap why aku nak kena rasa macam tu sedangkan aku still ada adik beradik, kawan2, makcik2 or else.. tapi da memang itu yang aku rasa.

orang xkan rasa ape yang kita rasa right..? but orang tahu how to judge orang lain dengan mudahnya..

aku tak tahu aku ni manusia jenis ape sebenarnya. nak kata kawan2 aku xokey..no.. mereka semua okey.. tapi mungkin ada tempat2 nya..ada masa2 nya..

dulu..masa aku sem 3 tak silap..hari2 aku pendam rasa..bila kawan say sumthing yang buat aku terasa or orang panggil budak cepat "taching".. aku nangis macam budak umur 6 tahun yang kena buli kat tadika. aku kol abah.. abah pujuk. abah cakap "biarla adik..orang tak rasa ape yang kita rasa. perasaan tu anugerah yg indah dari ALLAH. tapi pastikan ape yang kita rasa yang orang lain buat tu,jangan pula kita wat dekat orang lain..biar orang buat kat kita,jangan kita buat kat orang lain.."

jujur..kadang2 aku rasa aku manusia yang ibarat tiada pegangan..tiada pendirian..but semua tu kita yang buat diri kita jadi macam tu kan..??

dan semua itu sekarang..aku pendam sendiri..pendam sehingga memburuk..pendam sehingga pernah aku tidur peluk pisau..buat benda yang bukan2...

iman aku xseteguh iman mereka..hati aku xsekental hati mereka yang mampu menghadam semua kata2 orang..aku xmampu buat orang ketawa sebagaimana 'dia' mampu ketawa terbahak2 dengan kawan yang lain selain aku.yang hanya 'dia' diam tanpa bicara bila bersama aku..aku bukan sempurna bila bersama dia.yang mana mata2 tertumpu kepadanya pabila 'dia' bersama aku..

and 1 more..bila aku mula terjebak dengan lelaki...aku makin tersisih..hanya sebab aku terleka..bukan mencuba utk menyelamatkan.malah makin dibiarkan...

and yes...aku xtahu ape yang 'dia' rasa tentang aku..yang aku tahu ape yang aku rasa tentang 'dia'...


mungkin yang baca blog aku ingat aku ni dah mental problem agaknya..and yes...i think so... perhaps, when you see my dead body in front of you,that time you will understand what i feel about you,friend... the time we had together,,keep rolling in your mind..and that time..i'm no longer with you..

'dia' yang banyak buat aku menderita rasa sebenarnya........dia........

Sunday, February 17, 2013

taHuN baRu 2013

2013

Bermulanya semester 6 di UPSI...huhuhuhu
Sem 6 bermula dengan mendaftarkan diri di kolej baru dalam kampus UPSI. excited tu ada tapi macam xbest sikit excited kali ni.xtau nape.maybe sebab kolej baru kot. lepas daftar je,masalah pertama yang aku dapat,kunci bilik xde..macam mane??sabar jelah.. 

Nasib baik pintu xkunci,so,boleh masuk dengan senang lenangnya.. Alhamdulillah,bilik yang luas,almari yang cantik,duk plak aras bawah je.xpayah penat2 nak kena naik tangga.

tup.....
tekan suis yang ada sebelah pintu...

jeng....jeng.....jeng.........

KIPAS XDE!!! diulangi.. KIPAS XDE!!!..

masalah kedua tiba..macam mane???sabar jelah..

da siap angkut barang dari kete kaklong,aku pun jalan la ke office,g buat report..

nak xnak terpaksa la hadapi kan..? nasib baik aku datang awal,penat xterkata la...da la penat angkat barang (bukan aku pun yang angkat, my Encik Gagah la yang tolong angkatkan) hehehehehe

terima kasih Encik Gagah... <3

lepas 2,g pasaraya TF plak,beli barang2 keperluan la...

penat yang amat sangat.rasa macam baru first time masuk U pun ada..huhuhu

malam nya terpaksala tido kat bilik Shukriah yang mana rumahnya hanyalah berhadapan dengan rumahku..hehehe nasib baik roomatenya belum daftar lagi..klau tak,ke mana kah agaknya aku merempat..??huhuhuhu

hari Ahad pelajar UPSI da berpusu2 datang daftar sebb Isnin kan da star kelas. orang lain bertungkus lumus mengangkut barang,aku rilek je kat bilik walaupun xde kipas kan..huhuh roomate aku plak sampai petang xde nampak muka pun..ntah sape la dia..huhuhu

bile duk sorang2 ni,teringat kat CHIK.. a.k.a maksdara belah arwah abah aku.. masa cuti aritu,aku bermastautin kat umah dia la, disebabkan kat umah aku xde orang,n aku takut nk duk sorang2..hehehe

tapi duk kat umah Chik best..pagi2 kul 6.30 da kena kayuh basikal pegi berniaga nasi lemak,kuih muih..heheh jadi gadis kampung yang ayu gitu..ceeewaaaahhh...hihihi



jujur,aku seronok tinggal dengan Chik...dia terlalu-lalu-lalu-lalu ambil berat pasal aku.. rindu la pulak kan..?

hmmmmmm.....

pahit manis hidup aku kini aku pendam sendiri..kalu dulu,abah tempat aku meluahkan segala-galanya..

jujur....aku merasa abah masih ada dengan aku..kadang2 aku merasa dia ada..sedia mendengar luahan aku..

kadang2 aku nampak dia termenung di beranda rumah,kat kerusi malas depan tv...tgh minum air kat meja kat dapur...rindu...itu yang aku rasa

jujur...aku bersyukur sebab dalam kalangan adik beradik aku,aku je yang merasa tinggal dengan abah lama2 sampai aku rapat sangat dengan abah...

ada hikmah aku kena buang MRSM,ada hikmah pelajaran aku merosot...ALLAH kan MAHA Mengetahui....

masa hari raya pertama,raya terakhir bersama abah,
masa ni abah da sakit da..



masa konvo cik kat UITM Shah Alam



esok da start kelas..kena prepare betul2 da sem ni..aku da xlama da....

Friday, January 11, 2013

tak tahu ape masalahnya....

penat..jujur aku penat bertemankan air mata setiap hari

hubungan kami makin renggang..

jujur aku xtahu apa punca..

yang aku tahu..aku memang seorang yang manja..

dan mungkin,itu satu bebanan baginya...

jujur,selepas abah tinggalkan aku...

aku sendirian. aku sunyi... aku sedih..

tapi dia ada disaat aku sunyi,sedih,sendirian..

mungkin juga dia penat...

mungkin juga dia bosan...

mungkin....banyak kemungkinan...

aku tak sempurna jika dia inginkan yang sempurna...

aku tak berupa jika dia inginkan yang mempunyai rupa...

aku tak punya harta jika dia inginkan yang berharta....

jujur...aku penat..

dulu...dia sangat memahami aku..

mane dia yang dulu?

sudah berubah mungkin....

kenapa?? kenapa?? kenapa sekarang??

masa aku dah mula jatuh cinta,jatuh sayang...


atau aku yang akan jatuh tersungkur??????

Thursday, January 10, 2013

Dia InsaN yaNG PaliNG Saya SayAnG...... ABAH :'(

Mungkin bagi orang lain..ibu adalah segala-galanya.. tapi bagi aku,ma n abah adalah nyawa aku. namun ma terlebih dahulu pergi untuk bersama Sang Pencipta masa aku baru menginjak umur 14tahun.

1 NOVEMBER 2012....

tarikh yang aku xkan lupa..sama seperti tarikh 29 JANUARI 2005..dimana pada kedua tarikh ini, perginya kedua mereka.. ma n abah..

kalau masa arwah ma meninggal dulu,ak kecik ag.xtau pape..masa tu duk asrama,,yang tau masa tu cuma ma dah xde.ma dah pegi jumpa ALLAH. dan sejak tu..hidup aku cuma dengan abah..

hari-hari aku lalui hanya dengan abah.
makin ak dewasa,aku mengerti pengorbanan abah sebagai seorang bapa tunggal...

sehingga lah bulan Mei tahun 2012, abah mula sakit2. bermula dengan demam biasa selepas kematian ayah ngah(adik tiri abah)..

mula2 abah demam je..aku ingat lagi masa aku exam final semester 4, abah tepon nangis2 suh aku balik cecepat..tapi masa tu ak tengah nak exam.takut sangat.macam dah tau yang abah dah xlama..

dua bulan cuti semester,ak usaha jaga abah betul2. abah sakit depan mata aku..nasi xnak makan, semua tempat kami cuba pegi berubat.semuanya cakap abah okey.xde sakit pape yang serius.

abah aku sangat kuat.walaupun dia xde selera makan langsung,dia xnak tinggal puasa. even dia cuma mampu sahur dengan buat kurma n air zamzam je. berbuka pun sama. air zamzam n buah kurma je yang mampu dia telan..

jujur..mula2 aku agak tertekan dengan abah sebab dia xnak makan ape yang aku masak hari2..namun ALHAMDULILLAH..aku tahu dan nampak sendiri pengorbanan abah untuk aku sebelum ini,.why not aku pun bersabar dan berkorban untuk dia kan??

hinggalah seminggu lepas raya,sakit abah mulai teruk. langsung xmakan ape2,puas kami semua berusaha cara hospital,cara tradisional hinggalah kami jumpa bomoh yang ntah ape2..

actually kami semua xtau ape sakit abah sebab semua tu dia yang tanggung..kami hanya mampu urut,gosok2 badan dia kalau dia sakit..and one more thing,abah memang xboleh tido malam. dan aku la orang yang dia cari malam2 untuk peluk dia. dua bulan kami tidur same2. even aku tak rasa yang abah tidur masa aku peluk,tapi aku dapat rasa yang dia selamat dengan aku.

and paling sedih masa aku kena masuk Uni balik masa bulan 9. abah memang xnak orang lain jaga dia. nak aku jugak membuatkan kami semua rasa bersalah. n YES me too. sangat berat nak tinggalkan abah yang sakit2 macam tu. niat memang dah nak extendt belajar.nak jaga abah sampai sembuh. tapi smua orang tak bagi.

aku ingat lagi abah cakap masa malam last sebelum aaku bertolak pegi Uni.. abah tarik tangan aku,peluk pinggang dia,dia cakap " lepas ni dah xde orang nak jaga abah,adik nak tinggal abah..".. aku pujuk abah supaya dia tido..tapi masa 2 aku tahan nangis. aku ckp "xpe la,kan Achik n kaklong da balik nak jaga abah.."kalau la abah tahu yang aku pun xsanggup nak tinggalkan dia.. dalam sedu2 abah cakap yang diorang tak sama macam adik jaga abah. ALLAH... betapa berat sebenarnya aku nak tinggalkan abah.

abah xnak abang2 n kakak aku jaga. xtahu kenapa. mungkin sebab yang lain dah besar2.ada keluarga. n mungkin sebab aku paling rapat dengan abah.. 

aku gerak balik Uni dgn nanges2 sampai org dalam bas semua cakap aku homesick.manje xnak balik Uni. Biarlah, orang xrasa ape yang kite tanggung kan? :')

sampai2 je kat kolej aku dapat call dari makcik,ckp abah masuk wad. ALLAH.. 
rupa2nya malam tu abah sesak nafas.akak ngan achik xtau nk wat cmne,tu yang diorang hantar g hospital. actually abah selalu sesak nafas malam2,sebab sejuk. tapi masa aku jaga, aku selalu bagi dia minum air suam dengan gosok2 badan dia. diorang xtahu.

dan sejak abah masuk hospital,keadaan abah makin teruk. doktor hospital jadikan abah macam bahan ujukaji sebab diorang tak dapat detect abah sakit ape. cuba korang tengok cerita HOUSE. yag pasal doktor2 tu..mcm tu la diorang wat kak abah aku. sampai 1 tahap diorang nak amek sampel air tulang belakang. abah aku marah2 n mengamuk nak balik.

tapi sebelum dibenarkan balik,diorang sempat wat ujian MRI. tulang tengkuk abah dah memburuk n bernanah kat dalam mungkin.sbb diorang scan ada cecair kat tulang tu. bahu dia pun sama. sbelah kiri..

so kami semua assume dia jatuh masa kerja wat rumah dulu.. n abah memang xnak menyusahkan orang sebab tu dia diamkan n biarkan je. oh Abah.. why??? i'm your daughter right??

sejak tu abah terlantar dekat umah je. kami semua xtahu nak wat ape. aku? lagi sedih. nak balik diorang tak bagi sebab takut abah xnak lepaskan aku tinggalkan umah. kan balik kejap takut merajuk pulak abah. nak tak nak aku tunggu la samapi cuti Hari Raya AidilAdha.

masa aku gerak nk balik cuti tu..actually aku takut. sebab ape? sebab ma tinggalkan aku semunggu selepas kami sambut hari raya haji tahun 2005.

sepanjang seminggu aku kat rumah.airmata xpernah berhenti mengalir tengok abah tersiksa sakit. ALLAH..beratnya penderitaan yang abah tanggung. ada cerita sebenarnya disebalik semua ni yang semua orang tak tahu melainkan abah. makin hari abah makin tenat hingga la malam tu.

12.55 mlm 1 NOVEMBER 2012 (Khamis)
kami semua berada dekat dengan abah. masing2 setia dengan naskah Yasin ditangan kecuali aku. aku cuti masa tu. tapi aku genggam tangan abah. aku rasa abah usaha nk balas genggaman tangan aku,tapi dia xmampu. pak uda mula ajar abah mengucap dua kalimah syahadah. masa tu, ALLAH je tahu apa yang aku rasa. mungkin aku dikatakan kejam kalau aku cakap biarlah abah cepat2 jumpa ALLAH. sebab aku dah tak sanggup tengok abah menderita. sakit yang dia tanggung cukup berat bagi kami.apatah lagi dia yang menanggung.

tepat kul 1.abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Abah...
orang yang paling sayang aku..
orang yang paling faham aku...
orang yang paling manjakan aku...
adalah satu2 nya abah...
xde orang lain...

Semoga roh Abah dicucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T di sana.
aku tak tahu aku mampu ke syurga atau tidak...tapi..
aku selalu doakan abah dan ma dipertemukan kembali di syurga kelak.
aku akan selalu doakan mereka..
insyaALLAH..
Amin..

Abah...Ma....
adik rindu sangat2 dengan abah ngan ma...
jiwa adik sakit rindukan abah n ma...
adik hilang kekuatan tanpa abah n ma...


adik rindu...... :'(


Monday, January 7, 2013


Be Mine – Tasha Manshahar

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Chorus
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Thursday, March 8, 2012

oooh...mcm ni rasanya....

Assalamualaikum...

tajuk macam hape ntah kan..
kepada sang pembaca sekalian...simpan komen anda dihati masing2..i'm appreciate that.
^_^

CINTA!

hape benda tuh?sama x macam cakelat pereroghoshe??(ferrero rocher) huhu
atau sama mcm selipar jepun yg beli kat pasar malam 2 singgit tuh..?? MEREPEK!!!!

for a long time i find the LOVE...
what love...?

huhu bengong jap


korang yg baca ni boleh gelak2..xkisah..
sbb ape yg penulis sedang rasa sekarang adalah satu anugerah even rasa sedih,angau,bangau,jiwang,marah or sayang sekalipun..

untuk sekian lama penulis kunci ngan rantai hati ni,akhirnya datang sang peria pria(lelaki) yg hadir dalam hidup ni..

hahahahahaha
so silly right???
pasal cinta pun nk cite kat sini..


dan penulis juga sedang melalui ini...
"panulis sedang melakukan dosa org yg penulis katakan dulu,"
huhuhuhu

penulis juga seorang hamba n mudah melakukan dosa rite??
kpd yg membaca dan faham maksud ni,penulis minta maaf..penulis juga manusia biasa..
takpe la malu sikit dengan korang daripada malu dengan ALLAH =)

n sambung cerita pasal hati ni..
buat penulis keliru..

Salahkanku... jangan salahkan ku 

Kasihani aku... kau lupakan aku
Mana satu... kujadi keliru
Aku makin keliruuuuuuu......(ajai ngan nurul)


huhuhu..
bile cerita pasal hati n perasaan ni..
tade sape boleh menang..sbb ni semua anugerah..
petik dari nasihat cousin tercinta :

darling..

jgn deny rasa cinta.smua rasa tu Allah yg hadiahkn right?
kembali pd pencipta rasa
DIA maha memahami.DIA maha penyayang
its not a crime to be in love.
itu fitrah manusia..jgn rasa bodoh
beruntung lah org2 yg diberi rasa cinta.rasa syg.
jgn gundah.hati manusia nie Allah yg pegang

thats my ucukk,SAra.. =) (thanks dear)




buntu! buntu! buntu!

help! help! help!

da la xbole tido,mata da macam hape ntah.huhuhu

so,ape yang penulis boleh katakan sekarang........






OOOO....MACAM NI RASANYA...


hahahahaha =)


p/s : hati org yg diuji means hati dia ALLAH sayang.. =)
      
      : penulis itu adalah AKU....GAdis SEpi... 

Saturday, December 31, 2011

isi hatiku.....

Assalamualaikum.....
tajuk entry mcm hape je kan...hihihi


~ ✿ Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya..

~ ✿ Tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing, ia adalah saya. ,..:) ♥

p/s : kata2 tu copypaste jer..tp sbijik ngan isi hatiku..cuma ak ni xkreatif nk bina ayat..hihihi