Saturday, December 31, 2011

isi hatiku.....

Assalamualaikum.....
tajuk entry mcm hape je kan...hihihi


~ ✿ Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya..

~ ✿ Tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing, ia adalah saya. ,..:) ♥

p/s : kata2 tu copypaste jer..tp sbijik ngan isi hatiku..cuma ak ni xkreatif nk bina ayat..hihihi

Tuesday, December 20, 2011

Ya Allah, bila dia bukan untukku, bila dia bukan jodohku, 
Maka berilah ganti yang lebih baik buatku
Bantulah aku untuk memperbaiki diriku. 
Bantulah aku menjalani hari, 
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan agar terhapus semua kesedihan Dan kekecewaan, 
Agar dapat ku pujuk hati ini . .

p/s : “Kerana ALLAH lebih tahu …”

Tuesday, November 22, 2011

renungan......=)

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

... Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.

Wednesday, October 12, 2011

saya da jadik org lain ke...?????? ^.^'

Assalamualaikum.........

hai tawan-tawan...ape khabar..?? hukhuk sihat ke..? sy batuk2 ni..hukhukhuk da dua minggu xhilang2...
mmg TAK kan hilang la kalo duk asyik minum ais jer..toink..toink..toink...

eh3..lupe jap nk cite psl ape....



oooooohhhh....
ni ha aye nk cite yg aye rasa aye dah jadik org lain jer..nak tau nape..???

eja satu2 ayat kat bawah ni...: : : :  :

1) aye dah boley mnum air soya dlm tin tuh walhal dulu elergik giler..dulu mnum air soya yg kat psr mlm tu jeh
2) aye dah boley telan tempe!!!! benda yg paling sy TAK SUKA masa kat matrik dulu..
3) aye rajin sekarang..asyik terperuk kat bilik ngadap  LAPTOP UTK ON9  buku2 dan esaiment jah especially tuk akaun punya subjek yang SENANG sgt tuh!
4) aye dah berani kata TIDAK, MALASLAH, TAKNAK IKUT, dan ucapan menolak yg lain jika kwn2 tanya ape2..kuikuikui kalo dulu main follow the flow jah... <----- (aye pun konpius ngn ayat aye ni)
5) aye dah berani tegur org depan2..dulu xberani.hehe sampai dh jadik gaduh..lantak ah pempuan tuh...BAJET JAWATAN BESAR SANGAT!!!(emosi lg ni )




actually ni biasa je kot sebenarnya..org lain pun jadik gini gak..perubahan cuaca kot...toink..toink...toink..


papaii!!!! \(^^,)/

Friday, September 23, 2011

buah HATI ku...

Assalamualaikum...
ce teka sy kat mana???
 minimart oke..!!! konon yg dulu niat sampai mati taknak dh jadik rexco!oke tipu!! xde lah sampai mati tapi dah berjanji mati-matian la.. tapi nk wat mcm mne,ai ni kan BAIK HATI yang tersangat BAIK oke!

kena pujuk skit dah cair..oh pakcik ...*.. boley tak jgn pujuk rayu ai mcm tu,iman ai tergugat k..oke bai!

ni ha nk cite psl kite2 org yang dah berlagak dewasa..haha ape tak nye,asyik berderat ke KL jer..org lain minggu first sibok nk uruskan psl add drop subjek la,nk cari barang umah la,nk kenal2 ngan dak rumah yg baru la,nk carik balak baru la...oke stop! TAPI.. tidak bg kite2 org..first week dah pegi mencuci mata kat KL   tau..xde keje..

Actually..kitorang nk g main ngan seorang budak yang sangatlah comey yang merangkap anak buah epal..eh2..ank buah which is anak saudara aka anak menakan..hahaha iaitu.....................................................................................................





tarrrra......(suspen skit)


Nama : Rayyan Hakimi Bin Nuzul Khairiel
Umur : 9 bulan


n budak ni buat saya tak tido malam tau!!


dia jugak buat saya rasa nak cepat2 kawen dan ada anak sendiri..hahahahahaha

izzah azhar dan jugak neyna sgt mencintai budak ni jugak..ada hati kan diorang nk jadik ank sedara ipar ai..haha tpi xpe la,ai ni bukan mak sedara yg mengongkong,so biarlah rayyan sendiri yg buat keputusan nk pilih sape ok.


ni ada beberapa pic yg akan membuatkan korang ggrrrrrr..geramnye!


ok!tdo sambil nanges yg CUMIL sgt!!!!

kuak lentang punya

nk itot aboh g masjid


jln2 kat tesco

merenung masa depanku.....


xleh comey ag budak ni????????

pic paling comey!!!!!!


k thats ol u ol....hahaha

Friday, September 16, 2011

Kerana Rindu.....PART 1

Assalamualaikum...

post kali ni nk ckp psl2 rindu2 jerk..kuikuikui
tpi puisi dan puitis ni hak CIPLAK tak terpelihara la...(sbb xberjiwa romantis)



tp


yg penting ni semua ikhlas dari hati ke hati....=)



KU SIMPAN NAMANYA DI SUDUT HATI...
Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

Wednesday, September 14, 2011

Macam-Macam Perubahan....

Assalamualaikum...=)

lama dh rasanya tak post entry baru kan..maklum la cuti semester bermakna cuti la beron9..hehehe
skang ni dah start sem baru,nk dkat sminggu dah pun..boring la jgak minggu first ni sbb tak tahu nk bbuat ape..ni pun ada gap kelas sblm kelas ptg ni..so dengan seronoknya meng'online'kan diri..hehehe

pastu kan tgh2 on9 ni...main fb so dpt la sy simpulkan bahawa dalam masa 4 bulan byk pembaharuan yg sy lihat dlm kehidupan kwn2 yang lain...

1) kwn2 yg dulu sama2 jdi org biasa dah ada pangkat dkat u diorang
2) kwn2 yg dulu biasa2 dah makin cantik dan makin berpesen  berFESYEN skang
3) kwn2 dulu yg kecik dah makin membesar..hikhikhik
4) kwn2 dulu yg berperangai teruk,skang ni makin teruk nampaknya...(bila la diorang nk berubah)
5) kwn2 dulu yg antipompuan/antilelaki giler2 punya,skang ni dh ade gf/bf masing2..ada yg dah kawen pun..


dan byk ag la....




tp




aku ni..masih lgi perangai tah pape..xmatured plak tu...

waaaaaaaaa....

bila nk berubah ni..??

hhhmmmmmm......

ape yg pasti..yg satu ni aku akan kekalkan..iaitu menjadi.....


SURIA MENYINAR...






Saturday, April 23, 2011

YA ALLAH..hapuskan perasaan ini....='(

Assalamualaikum....w.b.t

hai semua.dah lama kan zu xwrite sumthing kat sini..asyik photostate artikel org je..huhuhu maaf ye..
mesti korang tertanya2 kn nape tajuk entry ni mcm ni..uhuhu sbb zu tgh kesedihan ni..really feel alone...='(

n nk dijadikan cite, dulu2 masa zmn jahiliah zu.penah r minat kat sorng ni..penah jadi bestfren zu r..tp xtau la lau zu je  yg anggap dia bestfren zu..n then he come when being silent dgn zu for a long time..walopun dia da xsuka cntct ngan zu,tp zu still tau psl dia melalui kwn zu..huhuhu bodoh kn..????

dia dtg dgn hanya berbasa-basi n bertanya khabar je... pstu zu pun berbalas la berbasa basi gak..tanya khabar dia..leh dia ckp mcm ni " ak ok je..mcm dulu gak..xde yg berubah..""....sori fren..for me u have change a lot..
byk yg ko dah tpu zu n what i know today is u admire my fren..

Ya ALLAH. kenapa mutiara ini mengalir saat ak mengetahui dia menyintai yg lain dan bukan mengalir kerna takut akan balasan-MU..?? kenapa perasaan itu masih wujud..???

:
:
:
:
:
:
:

YA ALLAH...HAPUSKAN PERASAAN INI...

Wednesday, April 20, 2011

“Ak syg sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah yg seiring dgnku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tgn utk berkenalan kerana ak rasa senang, makin ramai sahabat ak semakin percaya diri.ak selalu berharap mdapat sahabat sejati yg x luntur dlm suka dan duka. Jika kutemui, ak akn setia padanya…-Imam Syafie. 
Semoga ukhwah ni berada dalam rahmat Allah. Ukhwah Fillah Abadan Abada~”

Ya ALLAH..aku mahu berubah...


Assalamualaikum...
Ada seorang teman ni pada asalnya dia berminat melihat orang-orang yang memakai tudung-tudung labuh. Namun dia belum masih punya kekuatan untuk berubah secara mendadak kerana dia berasa takut kalau dia tak mampu belajar untuk istiqamah dan dia takut kalau-kalau diperli oleh teman-teman yang lain dek kalau terlalu cepat dia melakukan perubahan pada dirinya. Setelah sekian lama memendam perasaan ingin berubah telah timbul dalam hatinya untuk…
Mulakan langkah awal…
Merasakan terlalu mendadak baginya cuba untuk memakai tudung labuh dari tudung bawal yang jarang dan singkat, dia memulakan dengan menjatuhkan tudung bawalnya ke bawah dahulu. Jika dahulu dia sering menyilang tudung , dia cuba dengan mengubah untuk  menjatuhkan tudungnya ke bawah. Pada hari pertama dia memakainya rakan-rakan menegur…
“makcik nak jual ape makcik?”
“kau nak pergi pasar ke ni?”
Kata-kata semangat agar dirinya dapat berubah menjadi yang lebih baik dari rakan-rakan yang diharapkan, tetapi tomahan yang mereka berikan . Tetapi Alhamdulillah masih dikuatkan hatinya untuk ditabahkan hati menahan penangan sinis dari rakan-rakan yang tidak memahami.
Tekad baru…
Setelah beberapa lama , mula timbul perasaan baru untuk memakai tudung akel(bidang 50). Tudung ni tidak la selabuh mana namun sekurang-kurangnya tidak la sejarang tudung bawal. “Tidak sejarang tudung bawal. Iya aku nak pakai tudung bidang 50 pulak”. Dikuatkan sekali lagi hatinya untuk memakai tudung bidang 50 ke kelas.
“Tak sesuai la kau pakai ..macam mak orang “
“Ish…macam orang tua la”
Iman mula goyah
“Teruk sangat ke aku pakai tudung ni? Aku nak belajar berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.”
“Hina sangat ke aku pakai tudung ni? Elok sangat ke kalau aku pakai tudung yang jarang?”
“Salahkah aku untuk berhijrah ke arah yang lebih baik?”
Setelah sekian lama diperli rakan-rakan , dia kembali dengan tudung yang lama. Kali ini tidak ada pula kata-kata yang menyakitkan hati. Semua orang seakan setuju dengan perbuatannya. Dia mula tertanya-tanya dalam hati… “Adakah ini yang lebih baik untukku Ya Allah?” Namun dibiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapan. Yang penting rakan-rakan tidak lagi mengata.
Bisikan hidayah
Walaupun mungkin telinga tenang dari penangan kata-kata sinis dari rakan-rakan, namun tak semudah itu untuk hati kekal tenang. Dicari-cari di manakah kelemahan diri. Ya, dia telah terlupa sesuatu….
Firman Allah S.W.T dalam surah An-’Alkabut ayat 2…
“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman ,” dan mereka tidak diuji? “.
Ya..dia terlupa akan ujian  Allah kepadanya. Mudahnya iman goyah dek kata-kata dalam sekelip mata. Jauh dari sudut hati telah memaki rakan-rakan yang telah memerli diri, menyalahkan yang telah menyebabkan dia kembali berubah tanpa terfikir itu mungkin ujian Allah kepadanya. Mana kan mungkin datang kepada kamu seseorang dan berkata aku sebenarnya diutuskan untuk menguji kamu? Ya,itu adalah mustahil…Tanpa disedari mungkin kata-kata dari rakan-rakan itu adalah ujian dari Allah untuk Dia  mengetahui sejauh manakah kekuatan hati seorang hamba untuk berpaut pada jalan yang diredhaiNya . “Ya Allah betapa hati ini telah mudah goyah dari landasan hidayahMu. Diharapkan masih ada lagi ruang untuk diri ini berubah.”
Ikhlaskan hati
Alhamdulillah masih ada lagi ruang untuk kembali kepadaNya . Apa yang penting sekarang adalah untuk ikhlaskan hati. Pada awalnya masih ada kata-kata yang tidak sedap didengar, namun Alhamdulillah setelah seketika tidak ada lagi kata2 sinis dari rakan-rakan. Yang tinggal hanyalah hati yang ikhlas untukMu Ya Allah. dan Alhamdulillah rakan-rakan yang dahulu asyik memerli kerana memakai pemakaian tudung labuh juga belajar memaikainya. Bahkan mereka lagi istiqamah. Ya Allah sesungguhnya  Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Hidayah itu sememangnya milikMu…
Kadang-kadang kita terlalu mudah mengambil kata-kata dan pandangan orang dalam membentuk peribadi diri. Sedangkan apa yang diutarakan mereka masih belum pasti betulnya..
“Orang akan kata aku hipokrit ke?”
“Boleh ke aku nak istiqamah ni?”
“Aku takut kalau orang kata aku ni hangat-hangat tahi ayam aje”
“Kalau orang pikir aku buat ni sebab orang lain macammana?”
Rakan-rakan sekalian, kita pasti tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Orang tetap akan mengata samaada benda yang kita buat tu betul atau salah..betul tak? Apa yang paling penting adalah apa yang kita buat itu adalah berlandaskan syariat islam demi untuk mendapatkan keredhaanNya. Itu yang penting dan lebih utama dan bukannya kata-kata dari rakan-rakan. Ikhlaskan niatmu dan kamu pasti akan mendapat pertolongan dariNya. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Mintalah agar hatimu sentiasa ditetapkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga apa yang kita semua lakukan, sentiasa mendapat keredhaanNya…amin….

Saturday, April 16, 2011

Muhasabah Diri....


Assalamualaikum..w.b.t
Aku masih ingat kala itu, di saat aku begitu gembira dapat lepas jauh dari jangkauan kedua-dua ibu bapaku. Inilah kebebasan yang aku impikan selama ini. Atas maksud belajar, aku dilepaskan pergi berbekal iman senipis kertas dan ilmu agama setitis dakw at.  
Tanpa aku sedar, iman dan ilmu yang begitu rapuh bakal mengundang padah diriku yang masih belum bersedia menongkah arus lautan maksiat yang begitu deras di kampusku.
Namun itu tidak bererti pada ku. Apa yang penting aku dapat mengecap kebebasan yang aku inginkan selamanya. Saat aku mengecap kebebasan itu, aku rasakan inilah manisnya dunia.
Pakaianku sudah berubah dari berbaju kurung sopan kepada fesyen gadis moden bergaya walaupun aku terpaksa menampakkan aset diriku yang dikhususkan untuk suamiku.
Namun aku tidak kisah. Aku tidak mahu digelar gadis kampung yang kolot dengan mengenakan pakaian sopan tersebut. Aku sekarang berada di bandar, tiada siapa yang akan menghiraukan apa yang aku lakukan walaupun bertentangan dengan agama.
Pergaulanku semakin bebas. Kalau dulu di sekolah, aku masih ingat, pengaulanku begitu terjaga. Jangankan hendak bercakap dengan lelaki, berjumpa pun aku sudah lari kerana malu. Jangankan hendak bersentuhan, jika aku ditenung lelaki pun aku sudah melenting kemarahan.
Namun kini keadaan sudah berbeza, aku tidak mampu membawa prinsip itu di kota besar ini. Lagi pula hati halus ini begitu ingin disayangi oleh insan bergelar lelaki. Terus aku biarkan sahaja keinginan kekasihku melakukan apa sahaja padaku.Apa yang pasti, pada saat itu aku begitu cinta dan sayang padanya.
Saat itu aku lupa pada penat lelah ayah yang membanting tulang berpeluh keringat berkerja menampung pelajaranku di sini. Aku sudah lupa pada jasa ibu yang menyabung nyawa melahirkan aku. Ya Allah, pasti luluh hancur hati ibu bapaku melihat apa yang aku lakukan saat ini.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini aku sudah berada di tahun akhir pengajianku di kampus. Hari makin hari aku rasa bosan dengan kehidupan di sini, serabut dan bercelaru. Aku tidak tahu kenapa. Apa sahaja yang aku lakukan serba tidak kena. Aku rasa kosong. Cukup kosong.
Aku melakukan apa sahaja untuk memenuhkan kekosongan hatiku. Aku pergi ke pantai, shopping, karaoke, melancong, mendengar lagu, bersuka ria bersama teman dan apa sahaja cara untuk menghiburkan hati ku ini. Namun hari makin hari hati ku makin sengsara. Apabila aku ditanya tentang cinta. Aku melenting dan cukup marah.
Apa itu CINTA?
Aku sudah serik dengan cinta. Setelah segala keinginannya ku penuhi, dia telah pergi meninggalkan aku. Mencari adik-adik junior yang yang lebih segar untuk "diratah" seperti diriku.
Ya Allah, aku sangat menyesal atas perbuatanku. Ampunkanlah aku.
Mungkin ini adalah salah satu dari getusan hati kekesalan puluhan ribu gadis remaja yang hanyut dalam indah dan manisnya dunia. Mereka dibuai penuh asyik dengan hiburan, lelaki dan wang hanya untuk nikmat yang seketika. Hingga akhirnya mereka kecewa dipermainkan dunia dan oleh lelaki yang bertopengkan manusia.
Berapa ramai gadis yang jatuh di ribaan lelaki buaya darat atas janji manis yang palsu belaka sehingga gadis-gadis ini sanggup melakukan perbuatan yang sangat terkutuk di sisi agama hanya untuk menzahirkan cinta sejati mereka. Sedarlah saudari muslimatku. Seorang lelaki tidak akan memperisterikan seorang gadis yang telah dikecap madunya sebelum ikatan yang sah. Apatah lagi untuk menjadikan gadis "pakai buang" itu ibu pada bakal anak-anaknya nanti!!!
Duhai saudari muslimahku.
Aku tahu engkau telah menyesal atas tipu-daya dunia. Engkau tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Di mana perlu bermula untuk memperbaiki kekhilafan itu???
Wahai saudari muslimahku.
Walaupun seluruh dunia ini membencimu atas kesilapanmu dahulu. Namun percayalah engkau tidak bersendirian. Allah masih sentiasa bersamamu. Walaupun engkau datang bersama dosa sebesar bukit Uhud Allah tetap memaafkanmu. Hatta engkau datang bersama dosa selangit dan sebumi Allah tetap menantikanmu untuk memberikan keampunan sepenuh langit dan bumi. Percayalah, walau sebesar manapun dosamu dahulu Allah tetap akan mengampunkanmu.
Lupakah engkau pada cerita lelaki yang telah membunuh 100 orang manusia lantas dia bertaubat, terus Allah memasukkannya ke dalam syurga. Aku pasti dosamu tidaklah sebesar cerita lelaki di atas yang seperti yang termaktub dalam kitab hadis yang paling sahih (al-Bukhari).
Duhai saudariku,
Bertaubatlah dengan sepenuh hatimu. Hiasilah malammu dengan isak dan tangis memohon keampunan dari Rabbmu. Biarkan pipimu mengalirkan air mata taubat yang akan menjadi saksi di padang Mahsyar Allah nanti. Allah masih sayangkanmu wahai saudariku. Kerana itulah Allah yang maha Esa masih memberi denyut nadi untuk dirimu bernafas bagi memberi peluang untuk dirimu bertaubat.
Aku tahu engkau begitu menyesalkan dengan cinta masa lalumu yang penuh titik hitam. Dan pasti engkau risaukan tiada lelaki soleh yang akan memperisterikan dirimu.
Saudariku, percayalah masih ada lagi lelaki soleh di luar sana yang tidak akan kisah langsung dengan sejarah hitammu asalkan dirimu benar-benar bertaubat dan dapat menjadi isteri yang taat dan solehah padanya.
p/s : DUHAI SAUDARI SEISLAMKU, ISTIQAMAHLAH DALAM TAUBATMU, SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA, KERANA PASTI ALLAH TELAH MENYEDIAKAN LELAKI YANG SOLEH BUAT MEMBIMBINGMU MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH...

Wednesday, April 13, 2011

oooh..baru tau..(^_^)v (sy bdk br bljr) PART 2


Assalamualaikum....
ni plak artikel tg di"photostat" dari iluvislam.. zu sekadar nk berkongsi je...
(^_^)v sy kan budak baru belajar....hihihi

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).
Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.
Bersungguh-Sungguh
Allah Swt sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya orang yang sombong dan zalim.
4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:
Ikhlas – laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.
Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah dengan keikhlasan hati.  " Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut."(HR. Hakim)
Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah demi Allah.
Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat kerberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita ada melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengikut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat keberkatan dari Allah.
Semoga kita memperbaiki diri kita untuk mendapat keberkatan Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia dan membuat amal dan kerja dengan keihklasan di hati demi Allah.
Berdoa juga perlu bersungguh-sungguh
Dari Anas r.a katanya: Rasulullah saw bersabda: "Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala Maha Mendengar dan mengabulkan)".
Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.